Tq for the Visit.... =)

Tuesday, October 15, 2013

The Making of Rendang Tok

As Salam semua... Salam aidiladha... atas permintaan ramai... sy dengan suke citenya mengeshare resepi rendang tok yang amat popular di perak seperti yg sedia maklum...

asalnya sekodeng resepi kat internet... dah xingat ambik katne tapi sy dh adjust ikut suke2 sesedap rase....

mari kite lihat care2 membuat rendang tok...

Bahan-bahan yang diperlukan seperti berikut:



Bahan2 A:
2 kg daging batang pinang
12 sb cili boh
4 peket kecil kerisik
3 btg serai diketuk
2 helai Daun kunyit dicarik2
1 kotak besar santan kotak
3 -4 Gula kabung/Melaka (kecil)
2 asam keping
Garam secukup rasa

Bahan B utk dikisar bersame2
25 ulas bwg merah
10 ulas bwg putih
1 ibu jari halia.. dlm 6cm lebih krg
1/2 ibu jari lengkuas... dlm 3 cm lbh kurang
5 btg serai
1 sk belacan

Bahan C utk dikisar kering dgn blender/ tumbuk dengan lesung bg yang rajin
4-5 bunga lawang
3sb ketumbar
2sb jintan manis
8 bunga cengkih
2sb jintan putih
** Nota penting: sebelum dikisar, basuh dulu bahan2 C ni dan disangai atau digoreng tanpa minyak sehingga garing...

rupa bahan C dan B selepas dikisar
 
Daging btg pinang terlebih dahulu dipotong besar2 dan direbus dlm pressure cooker sehingga empuk/ agak2 lembut...  


Campurkan semua bahan A, B dan C dalam periuk kecuali santan dan garam. dan tutup jap..


gaul dan perapkan bersama2 selama sejam
 
kemudian pindahkan dalam kuali besar dan bukak api... lehla masukkan santan...
 

masak dengan api perlahan.. jgn lupe masukkan garam secukup rasa... andai rase x cukup manis leh tambah gula.. kena sentiasa kacau ye takut melekat pulak kat bwh... masak sehingga agak2 dh kering... tp xpyhla kering sgt.. biarla basah2 ckit

 
tadaaa.. inila hasilnya
 
 
 
Selamat mencuba.... =) inshaAllah anda tak menyesal mencubanye....
 
 
 

Thursday, April 25, 2013

MEow Meow untuk Putra

Ini meow2 utk anak buah my ofismate aka Pn Kinah....  =) 

 

Chocolate Chip Cookies ala Famous Amos

Assalammualaikum.... bersawangnya blog ni.. dah berbulan2 tak jenguk blog sendiri... huhuhu di manakah kerajinanku ??? hehehe akhirnya ada perasaan nak update blog..... just nak share resepi choc chip cookies ala 'pemes' amos tu... inshaAllah sedap dan senang nak buat.... 

tadaaaaa.... takde byk gambo sbb dh kena ngap.....


Meh cuba resepi ni...
Famous Amos Chocolate Chip Cookies
Source: Syari@myresipi.com  Sharing By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan ( 1kilo cookies lbh kurang 100 keping )

* 2 cawan padat gula perang 
* 1 cawan mentega (~150gm)
* 1 cawan minyak
* 1 telur
* 1 sb susu segar-(saya tak letak pun)
* 4 cawan tepong gandum
* 1 sk garam *
* 1 sk cream of tartar
* 1 sk baking soda
* ½ cawan walnut cincang (saya guna 1 cwn lebih almond )
* 2 cawan semisweet chocolate chips (saya guna 1 cwn je sbb stok dh abeh)
* 1 sk esen vanilla


Cara-cara

1. Pukul gula, mentega, minyak, telur, susu and vanilla hingga sebati.
2. Masukkan bahan2 kering, walnut dan chocolate chips
3. Adunan nampak lembik, sudukan satu sudu kecil ke atas dulang pembakar, tak perlu di gris.
4. Bakar pada suhu 350 ‘F (175’ C) dlm 15 minit (bergantung pada jenis oven)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...